Sungguh pemberian illahi harus di syukuri oleh setiap insan yang bergelar khalifah. Namun begitu amat sedikit yang berpendirian sedemikian rupa.lantaran tersebut dalam alquran ada menyebut "قليلا ما ثشكرون" . ayat ini memberi tamparan yang hebat bagi siapa yang berfikir.
Dalam kesibukan bekerja untuk urusan dunia ; semata-mata
mencari seteguk air, masih ada yang cukup 'hebat' dalam melakukan kerja yang
saya kira langsung tidak memberi kebaikan kepadanya. bahkan mendapat laknat dan
cemuhan makhluk2 di bumi ini.
Pendek kata, pada petang yang agak hening sambil di hiasi
manik-manik hujan. ku singgah ke sebuah masjid, tempat aku belajar ; dalam
mencari ketenangan berjumpa sang pencipta. sepertimana kata-kata Dr.mukhliz
"solat itu adalah kerehatan bagi orang yang beriman". walau sesibuk
mana pom kamu, carilah waktu mencari kerehatan itu. Beliau bekerja sebagai
houseman di salah sebuah hospital di ibu negara ini. tahu saja kerja houseman
yang sarat dengan on call dan shift... berbalik kepada cerita saya tadi...
seusai sahaja solat, aku terus menuju ke rak dimana kasutku
di letakkan,,fughhh~pandanganku berpinar.
belom sampai 15 minit, sudah lesap di hinggap tangan2 yang
tidak mengenal halal dan haram! aku berfikir sejenak,,..
nampaknya manusia
padahari ini tidak mengenal tempat dan makan untuk beramal kejahatan. Hatta di
ruang menyembah ilahi mereka tergamak melakukan perbuatan tersebut,... lebih2
lagi student yang tahu apa itu rukuk dan sujud... istighfar sahaja pengubat
duka~